Stay Signed In
Do you want to access your site more quickly on this computer? Check this box, and your username and password will be remembered for two weeks. Click logout to turn this off.
Stay Safe
Do not check this box if you are using a public computer. You don't want anyone seeing your personal info or messing with your site.
True and real story written by Aliff Syazaryl Aiman
Introducing logo 'CAKAP-CAKAP ALIFF MUSIM KEDUA'! Thanks to MYE. Cantik? Hehe..
Disebabkan siri Cakap-cakap Aliff sudah dibaca oleh lebih daripada 400 orang, Musim Kedua akan ditulis berdasarkan kehidupan Aliff menjadi pelajar Form 3. Bacalah semua kesenangan, kesusahan dan drama dalam zaman Form 3-nya dan kawan-kawannya dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR.
Characters:
Aliff - Seorang pelajar Tingkatan 3 yang berminat dalam muzik. Menjadi ahli BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) dan berusaha menjadi ahli BSMM aktif di samping mengimbangkan pelajarannya untuk menghadapi PMR. Kadang-kadang pendiam, kadang-kadang periang. Menjadi 'radio' dan ketua tingkatan untuk kelasnya
Raja - Kawan baik Aliff berbangsa Bugis yang mahir dalam ilmu agama. Dengan ilmu agamanya, dia menasihati Aliff dalam masalah-masalahnya. Seorang yang suka menari, suka 'pok pek pok pek', mudah bergaul dan suka bermain game
Ashraff - Kawan baik Aliff yang boleh dipanggil sebagai 'CLASS CLOWN'. Seorang yang 'hyperaktif', memandang senang kepada semua perkara. Suka muzik, prihatin terhadap masalah orang tetapi menolong mereka dengan cara yang 'lawak'
Anson - Kawan baik Aliff yang berpindah ke PFS dari Kedah pada bulan Julai 2007. Sudah menyesuaikan diri dengan PFS. Seorang yang agak sensitif dan yang paling suka menolong Aliff dalam masalah hidupnya.
Kader - Kawan Aliff yang mempunyai minat dan ilmu dalam bidang komputer. Menolong Aliff dalam hal-hal siber dan IT jika menghadapi masalah. Mempunyai imaginasi besar dalam semua perkara
Samuel - Kawan Aliff yang merupakan assistantnya dalam aktiviti PBSM. Seorang yang suka muzik, suka bergaduh dan suka buat kecoh. Aliff perlu bekerjasama dengannya untuk berjaya dalam aktiviti PBSM
Adilah - Kawan baik Aliff yang bersekolah di SGGS (St. George's Girls School). Seorang yang kuat agama dan menjadi 'rakan SMS' Aliff. Berkongsi masalah dan pengalaman melalui SMS
Aidiel - Adik Aliff yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Seorang yang suka kacau abangnya, tetapi takut akan kegelapan. Suka mengambil tahu akan relationship abangnya dengan perempuan dan menjadi punca kemarahan Aliff
DAN BANYAK WATAK LAGI MUSIM INI:...
EPISOD 1 - PERGI CAMP, KAKI CRAMP
Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggg!! Bell skolah sudah pun 'dikringkan'! Maksudnya, SCHOOL'S OUT! Bye bye Form2 life. Aku gembira gler, mcm org baru kahwin. Ahakz. Aku nari style merepek dalam klas, pas2 ternmpk botol air aku yg masih ada air kat dlm. Apa lagi, aku siram air tue kat dalam klas Form2 aku. Weeeee.. mcm mercun bunyi dia! Anson tgk dlm kebingunan, kemudian dia kate, 'Aliff, we still have LTC (Leadership Training Camp)'. Aku pun jerit 'Nooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' Lol, x de la..
Leadership Training Camp ataupun 'LTC' ialah camp yang dianjurkan oleh BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia). Camp nie diadakan Sabtu, sehari selepas sekolah ditutup. Aku dah planning nk g tgk movie ngan kawan2, tapi pasal kem nie, tak pe la. Kem yg lagi penting, so ok, jom jom jom. Aku pegi pun camp dgn berpakaian baju seragam BSMM. Bile dah smpai skola tgk2 org lain pkai baju biasa. Lerr.. So aku pegi tukar baju seragam ke baju biasa. Lpas aku dah tukar, budak senior kate 'Everyone change to your uniforms!'. Aduhaii, 5 minit di kem dah tukar baju berjuta-juta kali.
Mula2, smua org dibahagikan kpd beberapa kump. Nama kumpulan aku 'GENESIS'. Sdp? Aku taw dia pelik skit. Aku jadi assistant, ketua aku, Soon Jin, professor Pendidikan BSMM. Dia seorg ketua yg berdisiplin. Ceh, aku memuji org. Ehek.. Lepas kami dh jd kump., budak senior suruh get ready utk aktiviti OBSTACLE COURSE.
Kali nie, Obstacle Course tak de lumpur sume. Alhamdullilah. Tp bile tgk tmpat obstacle course tue, jeng jeng jeng!! Woah! Ada kerusi, ada meja, ada tiang, jala ikan pun ada! Jgn main2. Obstacle Course nie senang je la, kucing yg cacat pun leh buat, LAWAK JE! Susah nk mampoih! Ada satu part kite kena guling2 mcm kuih popiah, jd pening! Aku member terakhir yg tamatkan Obstacle Course tue. Mmg susah, budak senior pun dok teriak 'Aliff, go go go!'. Bkn saje sakit kaki, sakit kepala pun ada.
Tibalah waktu rehat. Aku dok cakap ngan kwn mcm org biasa. Tetibe je, kaki aku rasa sakit sgt, aku mula jerit 'Aaaa'. CRAMP! CRAMP! Byk org berkerumun kat aku mcm aku Mawi plak. Ahakz. Aduii, sakit. Budak senior datang, diorg letak minyak kat kaki aku. Lega. Org kate aku jerit mcm perempuan yg nk 'PUSHH!!' Ek elley, ada ke diorg merepek nih.
Waktu malam, aku takut la nk tidow. Bkn pasal hantu, pasal aku berdengkur. Dulu waktu kem BSMM yg lalu, aku berdengkur smpai org tngkap video! Waaa.. Klu kali nie aku berdengkur, org tngkap video, pas2 video tue masuk dalam Youtube. Cam ner? Aku jd popular! Yey! Merepek ah, malu la aku. Tapi nasib baik x de org dgr dengkuran aku, cuma Anson yg duduk tepi aku. Fiuhh..
Esokan harinya, ada TALENT TIME. Yes, aku suka Talent Time. Dulu aku jadi Mr. Bean dalam talent time, kump. aku menang! Kali nie aku nyanyi plak. Aku nyanyi lagu aku sendiri, lagu tue pasal BSMM. Yes. Sblum nyanyi tue, nervous nak mampoih! Tangan dh menggigil, bibir dh menggigil, perut pun dah menggigil, lol. Ya la, x makan lagi, lapar la. Akhirnya, turn aku nyanyi.... Waktu aku nyanyi, smua org bagi respons yg bagus. Wow, aku x bayangkan leh jadi cm nie. Aku rasa aku nyanyi teruk, terutamanya bila part high note, 'AAAAAAAAAAA'. Mula2 igt sume org akn boo, tp diorg tepuk? Yey.
And the Talent Time winners are.. GENESIS! Yey, kumpulan aku menang! Tp lpas Talent Time, ada lagi Obstacle Course. Kali nie Obstacle Course waktu malam dan lagi teruk. Aku dpt stomach cramp bile buat Obstacle Course tu, aduii.. Sakit taw perut aku. Tp aku terpaksa teruskan. Akhirnya, alhamdullilah, ok, habis, selesai.
Selepas 3 ari, LTC pun slesai. LTC nie mmg meletihkan dan membebankan, tapi aku lose weight! Haha. Masuk LTC lebih baik drp masuk Program Menguruskan Badan. Tul tue! Dan byk aku belajar, aku belajar jgak cara masak guna tanah! Nak taw? Sorrie, masuk je la camp tue!
EPISOD 2 - BILA TERASA CAMPAK
Adeiii, ngantuknya, baru je bangun tido. Rambut semua dah berserabut mcm french fries. Aku pun dah nak pegi mandi, then terjumpa Aidiel. Aku prasan ada bintik-bintik merah kat muka dia. Pelik ar bintik tue. Mula2 nenek kata tue gigitan nyamuk. Haha, nyamuk memang minat kat Aidiel eh. Sampai gigit dia byk kali.
Lepas makan, aku nk guna computer, nak check Friendster. Then Aidiel nie datang, die nak guna computer sbb nak cari gambar kartun. Zzzzz.. Kita dah mula lawan. Watcha, hai-ya! Kita lawan puas-puas dalam bilik. Bantal kami jadi pedang, buku teks sekolah jadi sheild. Kiteorg lawan 'Beng, beng, beng!!!' then last2 aku jerit kuat-kuat 'Kamehameha!!!!!' Ka-Booom!! Eh, asal bile aku kata Kamehameha, bilik tetibe je terang? Owh, cahaya matahari je. Lol. Yey, Aidiel kalah. Cian. Aku menang. Dan pemenangnya dapatlah guna computer. Weeee..
Bile dok guna computer, mak panggil. Mak tanya aku adakah aku dok dekat2 ngan Aidiel. Dekat2? Memang la dekat, sampai lawan mcm gorilla lawan tadi. Then mak kata Aidiel dapat demam campak. Campak??!!?? Aku tadi lawan ngan orang yang dapat campak. Aduiii, aku tak nak jangkit, dalam 4 hari nak keluar ngan Sabrina & Fadhli. Huhu, can't believe it aku pukul bantal aku kat Aidiel tadi. Habis la bantal aku dah kena bacteria, virus, kuman, bla bla bla. Cam ner aku nak tidow? Aku kena peluk apa? Kucing jiran aku? Huhuhu...
The next day, Aidiel dah ada misi baru. Dia nak aku jangkit dengan demam campak dia. Nanti aku tak leh keluar pegi Queensbay. Aidiel2, selalunya misi die mesti fail. Satu kali dia plan nak terkejutkan aku bila aku masuk bilik. Last2 die sendiri yang terkejut smpai muka pucat kambing berak marker pen. Cian tol.. Muahahahahaha.. jk jk xD
Aidiel slalu dok pegi dekat aku, kononnya nak bagi aku jangkit ngan campak dia. Sorry Aidiel, ur mission fail lagi. Aku dapat pegi Queensbay ngan Sabrina & Fadhli, tak kena campak pun. Hahaha, kuang kuang kuang. Besh la keluar ngan diorg, kiteorg main arcade! Sabrina kalahkan aku dalam game ketuk drum. Bkn apa, dia menang sebab kan aku cramp waktu pegi kem LTC, kan? Ahakz, x de la. Aku bagi chan. Ok ok aku terima je kekalahan aku, end of story.
Lepas 2 minggu, campak Aidiel pun dah hilang, alhamdullilah. Tapi satu benda yang telah mengejutkan aku sehari lepas Aidiel dah sihat. Aku guna computer mcm biasa, then ayah nampak macam ada bintik merah kat blkg. Mula2 aku ingat kes nyamuk je kot, then bila aku bukak baju... Jeng jeng jeng!!
Aaaaaiyyooo, aku kena campak!! Dah la minggu depan aku sekeluarga nak pegi Langkawi. Waaa, nampaknya misi Aidiel dah berjaya, elleh, huhu. Tak pe, dalam seminggu, boleh kan aku sihat balik? Esok hari mak masak ayam. Ayam, yey.. aku cintakan rasa eksotik ayam. Mmmmm... Aku tengok ayam atas meja mekan, aku dengar die panggil nama aku 'Aliff! Aliff! Eat me!'. Mmmmmm.....
Aku dah nk ambik ayam tue, tangan dah dekat, nak makan dah. Then, mak kata, 'Aliff makan sup ikan'. Noooo, ayam! Aku tak leh makan engkau. Ayam, kau lebih sesuai dimakan aku daripada dimakan Aidiel. Huhu, lain kali la makan ayam. Sekarang, ikan? Sup ikan? Buek.. Apa nak buat, ini dugaan hidup. Ikan lah yang kena aku makan.
Bile kena campak, aku hidup tanpa ayamku, dikuarintin, dan gatal! Masalahnya, aku gatal macam anjing, tapi aku tak leh garu! Tapi alhamdullilah, lama-kelamaan, aku dah ookay. Aku tak tau lagi bila aku kat Langkawi, aku sihat penuh tak. Aku kena tunggu je. Insyaallah kalau aku sihat, dapatlah aku syok syok kat Langkawi nanti.
EPISOD 3 - IT'S LANGKAWI, BEACH!
This is it. Aku akan dapat taw sama ada aku dah baik daripada campak atau belum. Aku tengok memang tanda-tanda campak masih ada, tapi alhamdullilah, die dah kering. Bile mak kate aku tak yah pantang dah, fuyoh! Gembiralah aku! Aku dah leh makan ayam kesayanganku, terutamanya bile aku g Langkawi. Weee...
Pagi2 aku dah bangun. Kiteorg pegi airport, naik kapal terbang 'Firefly'. Aku duduk tepi si Aidiel, dan kekadang kapal terbang tue dok berjoget. Goyang2 kami rasa, muka Aidiel dah pucat zombi. Tapi besh rasanya! Hehe.. Kiteorg sampai dan terus ke hotel kami, Tanjung Rhu Resort.
Fuahh! Bile aku tengok bilik tidur aku, muka aku ternganga besaq2, smpai lebah pun leh masuk mulut. Memang sempoi, flat-screen-TV, DVD, katil besar, semua ada. Mcm rumah sendiri. Aku share bilik nie dgn Aidiel. Bile dah dapat kunci bilik, aku terus pegi bukak TV plasma aku. 'Klik, klik, klik'. Weyh, asal TV tak bukak!! Rupanya TV tue rosak! Adeii.. Sia-sia je aku ternganga tadi. Tapi fiuh, ada jgak TV lain, tapi TV biasa je.
Tempat pertama yang kami pegi: PUSAT SENI LANGKAWI. Bile aku masuk-masuk je, ada patung wanita warna hitam dok pegang batik. Pelik ar tempat nie ngan patung-patung hitam tue. Tapi bile aku masuk lagi dalam2, macam2 diorg ada, tempat simpan jin pun ada! Jgn main2. Aku cuba bukak tempat simpan jin tue, bile dah bukak, bau semcm! Ada jin ke? Waaaaa.. Tak de la, bau kayu je, ahaha..
Laparnya perut aku. Ayah bawak kami pegi satu restoran Thai nie. Ayah kate restoran nie mmg famous ngan tomyam diorg. Tomyam? Mmmm... Sedap2. Kite pun order tomyam tue. Bile tomyam dah sampai, mulut aku dah ready nk makan. Sdp gler tomyam tue! Aidiel kate kat aku 'Abang, muka abang merah macam badut'. Tau knapa? Pedas! Aku dah nak meletup macam gunung berapi! Perutku sakit, aku kena ke tandas. Alamak, tak de tandas! Help!! Hehe, jgn risau, semua cerita kan ada 'happy ending'. Akhirnya, aku dpt control diri. Bile sampai hotel, terus aku pecut g tandas. Haha.
Aku dah dpt satu pengajaran: Jangan gelojoh bila makan tomyam, nnti perut buat perangai. Kay, the next day, kite pegi Pekan Kuah. Bile aku dgr nama 'Pekan Kuah', terigt plak kat kuah tomyam volcano smlm. Hahaha.. Bile mak terserempak ngan kedai jual alatan kaca, 3 jam kami tunggu mak shopping kat sana. Aku duduk kat bangku, smpai nak tertidow plak. Tapi nnti bile aku tertidow, org yg lalu leh dgr muzik, muzik dari dengkuran aku, haha.
The next day, kami pegi naik cable car plak. Aku mmg teringin nak naik cable car, tapi bile sampai kat tempat cable car, QUEUE PANJANG! Panjang ular anaconda. Kami tunggu setengah jam utk naik cable car. Bile dah naik, cable car tue smkin lama, smkin tinggi. Angin semkin kuat. Cable car tue pun terhuyung-hayang. Besh la! Aku suka! Pemandangan die pun besh, leh tgk kdai tomyam volcano tue gak! Adeii, terigt lagi insiden sakit perut semlm. Lol, jk.
Lpas naik cable car, kami jalan2 je. Aku ternmpk gajah yang comel nie. Gajah betina agaknya. Aku gtaw ayah yang aku nak naik gajah tue. Last2, aku naik ngan Aidiel. Mmg besh, tapi kesian at the same time. Gajah tue kena pukul ngan rotan bile die tak dengar arahan. Cian, mmg cian. Aku rasa nak bawak balik gajah tue, simpan die sbgai pet. Hmm.. Merepek ah. Aku dpt tengok jgak kat dalam belalai gajah tue ada apa. Berair sungguh! Hingus banyak! Kalau gajah tue bersin kat aku, abis aku mandi hingus. Hehe, tapi tetap comel gajah tue xD
Hari terakhir aku di Langkawi, aku berenang je di laut. Bile aku berenang, aku terpijak benda mcm ketam taw! Sakit, tajam! Bile smpai waktu petang, kami dah kena balik Penang. Huhu, i'll miss Langkawi, i'll miss tomyam yang ada power leh buat org sakit perut tue pun. Huhu
EPISOD 4 - DIA MEMANG PENCINTA SEPUPU
Maybe awk tak kenal sapa 'Tasha'. Tasha tue kazen aku. Umur dia 5 tahun je. Tue kat tepi gambar aku ngan si Tasha. Sejak umur 2 tahun, Tasha dok panggil adik aku, Aidiel sebagai 'boyfriend' dia. Kesian Aidiel, dia selalu nak elakkan diri dia dari Tasha.
Tasha asyik dok manja-manja dengan Aidiel. Bila aku lawan dengan Aidiel, Tasha tumbuk aku balik! Haha. Tasha tue bodyguard adik aku. Nanti Tasha buat style kongfu dia, watcha-watcho-watchi kat aku. Mula2 tak sakit, tapi sekarang bila Tasha tumbuk aku, adeii! Tah mana dia belajar lawan mcm tue, dia selalu tengok cite 'Barney' je. Takkan dia belajar lawan dari Barney kot. Ahakz.
Aku rasa Aidiel untung la. Dia ada bodyguard sendiri. Aku tumbuk Aidiel sikit je, nanti bodyguard dia datang. Hmm.. Kalaulah Tasha suka aku, Aidiel boleh kena kongfu taekwando setiap kali dia kacau aku. Bila eh ari tue akan sampai? Bila? Bila? Bila?
Mak kata Tasha akan balik ke rumah aku bila cuti Krismas. Yeah, aku gembira dia ada kat sini! Riuh nanti rumah. Tapi kali nie aku kena siap-sedia dengan kongfu Tasha. Aku kne pakai baju besi kot, nanti Tasha tak leh kongfu aku. Haha. Tak pe, kalau Tasha pukul aku banyak, lemak aku akan kurang, kira mcm exercise. Ahakz.
Akhirnya, dia sampai. Slalunya bila dia sampai rumah aku, masuk2 je dia akan teriak 'ABANG AIDIEL!' Kali nie tak plak, asal eh? Aku terkejut bila dia umumkan bahawa aku boyfriend baru dia. Ahakz. Kesian Aidiel. 'Girlfriend' dia dah suka aku. Dengan nie, bolehlah aku balas dendam kat Aidiel yang suruh Tasha pukul aku selama nie. Cian Aidiel. Kena pukul macam gong Cina.
Mula2 besh, tapi lama2 tak. Tau knapa? Nie sebabnya: Aku main game lawan PS2 dengan Aidiel. Khusyuk gile kami main. Then, Tasha datang. Dia panggil 'ABANG ALIFF! Come here!'. Hello! Aku busy nie, main game! Dia panggil aku banyak kali tapi aku buat dek je. So dia datang, tutupkan mata aku dengan tangan dia. Abis, aku kalah dalam game. Tasha oh Tasha..
Bukan saje tue, aku kena teman dia sini sana. Bila die nak color gambar kartun, aku kena tolong. Kalau aku x nak tolong dia, nanti dia buat muka singa dia. Roaaar! Menakutkan! Ahkz, tak de la. Comey giler dia buat muka singa dia sampai aku rasa kesian, so aku tolong dia je.
Tasha ada adik laki, Afiq yang berumur setahun. Satu kali, Afiq nangis kuat2. Kesian aku tengok kat dia. Tasha pun suruh aku buat sesuatu. Aku amik mainan dia, dia masih nangis. Sume lah aku buat. Last2, aku terpaksa nari macam orang gila depan Afiq. Aku nari selama 2 minit. Pusing sini, pusing sana, gelek sini, gelek sana. Semua nie aku buat untuk bagi Afiq gelak. Tasha tengok, dia gelak sampai nasi dalam mulut dia terpelanting merata tempat. Akhirnya, Afiq gelak! Yey! Tarian gila aku berjaya! Afiq gelak & tepuk tangan. Aduii, comey la dia buat tue kat aku. Hehe, aku lega, tak sia-sia aku nari macam monyet tak de akal selama 2 minit. Eh, sat. Monyet memang x de akal kan? Wkakaka.
Esokan hari, aku sekeluarga sekali ngan Tasha tengok cite Enchanted kat Queensbay. Aku kenalah duduk tepi Tasha, boyfriend kan? Ahakz. Bila movie tue ditayangkan, banyak soalan Tasha tanya. Aku pun x leh concentrate. Macam nak jawab periksa BM ke apa. Lol. Tapi tak pe, Tasha masih kecik kan, banyak dia nak belajar.
Hmm.. Maybe aku leh biasakan diri dengan keadaan Tasha yang suka aku. Bila Tasha dah nak balik dah, dia pukul aku balik. Aduii.. Napa nie? Rupanya, Tasha hanya pura-pura jadi girlfriend aku untuk 2 hari. Dia nak bagi Aidiel jealous. Ceh! Maksudnya selama nie dia masih suka Aidiel? Wah, budak 5 tahun pun leh tipu aku eh! Haha.. Tapi at least aku experience jadi 'boyfriend' Tasha. Lawak, besh, memenatkan tapi comel xD
EPISOD 5 - WEE! AKU FORM 3!
Can't believe it! Aku dah Form 3! Lagi setahun aku dah senior, leh buli budak junior. Muahahaha. X de la, I'm a good guy (kadang-kadang). Tapi yang tak beshnya PMR! Tapi lama lagi, soo, rileks for January.
First day of school, aku jumpa kekawan aku, Anson, Raja & Kader kat school pond. Aku tengok ramai budak Form 1 bawak parents diorg g skola. Apa nie? PFS skola tadika ke apa? Masa time aku Form 1, mana de parents datang sebanyak tahun nie. KRINGG!! LOCENG BUNYI! Bile dengar je loceng, sume org cepat lari pegi school hall. Mcm time aku lari pegi tandas bile dok sakit perut lpas makan tomyam. Wkakaka.
School hall jadi macam sarang semut. Byk gler orang! Mcm traffic jam kat KL pun ada. Mmg btul orang kate Malaysian drivers agresif. Sbb sume org dok agresif bile nak masuk dewan. Setengah budak Form 3 yang dh jadi senior tahun nie dh jadi mcm gorilla. Hmm.. Maybe tak ssuai dengan zaman senior diorg lagi. Kesian Anson, badan die dh la kurus. Kena lenyet ngan orang macam roti canai.
Akhirnya, budak Form 3 kne berdiri di luar dewan. Fiuh, sib baik pun, kalau tak kami sume dh jadi chapati. 'SELAMAT PAGI SAYA UCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA....' Zzzzzz... Satu benda pasal perhimpunan, mengantukkan. Mata aku dok bukak, kejap2 tutup, kejap2 bukak. Haihz. But finally, perhimpunan habis dan sume orang dibahagikan mengikut kelas.
Aku kelas 3 Elit! 1st class! Weee... Alamamak, Anson 2nd class, so kite dh class lain. Aku kena duduk tepi Ashraff. Ashraff tue die baik, tapi kekadang die leh jadi gler! Org panggil die Mr. Bean. Kalau die naik gler, die pukul aku macam aku drum. Tak de keja lain tol. Wkakaka. Tapi seronok ar duduk tepi die. Bile aku ngantok bile ckgu mengajar, nnti die jentik telinga aku smpai aku trus x ngantok.
Guru klas aku Miss Yeoh Poh Lin. Yeay! Dpt ckgu sporting. Dan aku monitor lagi! Kuang3. Bile masa Sains, satu ckgu nie masuk. Nama ckgu tue Puan Rosazlina. Wah, bile die masuk, nmpk cahaya terang dok menyinari ckgu tue. Aaaaa. Aku ternganga. Ashraff tgk aku & dok wat gler die. Aku gtaw die yg aku jatuh cinta ngan ckgu Rosazlina. Nama pun cantik, macam bunga ros. Aaahh.. Ashraff kate balik ckgu tue tak cantik. Aku pun marah & lawan cakap ngan die. xD
Balik2 rumah, aku tanya Adilah mcm mana skola dia. Dia jadi Ketua Nilam! Wah, senang je keja die. Buka buku, baca, tutup. Kalau ketua tingkatan macam2 jenis keja kne wat. Sabrina plak prefect! Wah.. Kay, maybe keja Sabrina lagi susah but still... Monitor satu jawatan yg tak rmai org dpt kay!
Form 3 so far so good. Dpt ckgu cantik (OH YEAH!!), ckgu sporting, duduk tepi classmate hyper, jadi ketua tingkatan. Dan aku duduk tepi tingkap. Leh tengok McDonalds dari tingkap aku. Syok wei! Bile tengok je McDonalds, perut aku kluarkan muzik. Love Form 3 xD!
EPISOD 6 - CINTA SI COMMANDER RC
Form 3 semakin besh, especially waktu Sains bila aku termenung je kat kecantikan ckgu Sains aku. Ahh.. Lega.. Tapi, nie baru permulaan je. PBSM buat pertandingan kawad kaki, Form 2 & Form 3 dibahagikan kepada 6 kumpulan. Aku jadi ketua kumpulan aku! Maksudnya, aku yang kena jadi commander! Aku yang kena jerit 'SQUAD!! KE BELAKANG PUSING!!'
Anson pun dapat. Kita dah kena bertanding sama2. Waktu rehat, aku bagitaw kwn2 aku pasal nie. Diorg cuba tolong aku train suara aku jadi suara ketua kawad. Raja yang banyak train aku. Mula2, aku main2. Bukannya aku command, aku nyanyi dengan irama melodi. 'Maassukkk Sq-uaaddd!'. Lol, macam nasyid pun ada. Last2 aku command kuat2, 'SQUAD!!'. Sume orang terdiam & pandang kat aku. Wah, aku taw.. Diorg terkejut akan kekuatan suara aku. Lol, x de la. Malu ar..
Bila kelas mula, Ashraff aka classmate hyper gelak macam monyet bila dia taw aku commander. Ek elley, berlagak. Dia sendiri nampak mcm monyet. Hahax. First time lah aku jadi leader. Mesti besh kan.. Tak! Taw napa? Waktu aku buat meeting, member2 aku dok relax kat McDonalds. Haihz. Aku pun lari pegi McDonald, tengok diorg makan Big Mac sedap2.
Member2 aku sume ookay dalam marching, cuma seorang je member nama Hilman yang tak taw marching langsung. Aku train die, and first time aku marah dia. Haish. Aku nie leader kantoi la, marah org. Aku terlalu strict macam pengetua sekolah. So aku pun minta maaf kat dia, ceh. Aliff baik. Haha..
Kesian Anson, dia tue ada suara yang tak kuat. Tapi, bila jadi commander, dia jerit macam cikgu Geografi aku bila marah. Sume org buka mata luas2 dengar die jerit macam tue. Tapi.. Esokan harinya, dia datang kat aku, 'Aliff, i sakit tekak la!'. Hah! Tue la, nak jerit macam beruk lagi. Tue akibatnya.
Eh, tapi Anson terror ar. Lepas aku tengok kumpulan Anson macam mana, aku pegi balik kat kumpulan aku. Rupa-rupanya, dua member aku dok lawan! Macam wrestling ke apa nie. Kawan sekelas aku dok lawan budak Form 2 yang kecik. Cian plak kat budak Form2 tue, dah la kecik, kena belasah lagi. Chapatilah dia nanti. Aku pun sebagai leader marah diorg kuat2. Aku suruh buat pumping 10000 kali! Muahahaha..
Tak la, 10 kali je. Tapi 10 kali tue punyalah sikit kan, tue macam tahap budak SGGS buat. Kalau PFS, kenalah 100 kali. Haha, lwk je. Aku buat 20 kali pun dah leh dengar bunyi 'krok-krek', tulang aku ar. Lama2 aku jadi tension betul, otak aku dah jadi macam gunung berapi yang nak meletup. Tapi, satu benda je yang boleh lepaskan tension aku...
Waktu SAINS! Yeah. Ari2 ckgu Sains aku pakai baju kurung kuning. Wah, macam permaisuri dengan warna kuning tue. Aku bagitaw Ashraff, dia dok kata aku merepek, then entah pape, pukul aku macam drum lagi. Biasalah si Ashraff. Aaah, sore ckgu Sains aku pun comey. Semua tension aku hilang bila dengar suara yang comel tue. Lagi comel dari Datuk Siti Nurhaliza.
EPISOD 7 - ALAH BISA, COMMANDER BIASA
This is it. Tinggal 2 hari sebelum Pertandingan Kawad Kaki PBSM. Aku dah naik nervous, sampai jerawat keluar dekat dahi kepala. Macam tambi. Training kumpulan aku memang besh, lawak pun ada. Satu kali aku marah kumpulan aku puas-puas, then 'krak!'. Jam tangan aku tetibe je jatuh bile dok marah sampai air liur kering. Sume org naik gelak.
Aku ponteng tuisyen Pathma untuk training nie taw. Actually, dulu aku pernah ponteng tuisyen dia. Aku pegi CC (Cyber Cafe) dengan Anson. Nie kali pertama aku pegi sejak Darjah 6. Masuk2 je aku nak guna computer. Computer tue kata 'YOUR COMPUTER IS LOCKED'. Aku pun tekan semua butang kat computer tue. Naik pening, Tukang CC tue pun dok gelak kat aku. Btul2 la blur, macam rusa masuk kampung.
Anson punya commanding kuat gler! Ada orang kte muka dia macam Donald Duck bila die jadi commander. Kesian dia. Last2 die tak nak jadi commander, kuang3. So, akulah commander yang paling tak experience. Satu kali bila aku jerit 'SQUAD! KE BELAKANG PUSING!', perut aku berbunyi macam machine gun. Kreeng kreeng kreeng. Aduhai, lapar gila aku. Aku tak makan langsung. Tapi apa nak buat, kena trainkan kumpulan. Balik2 rumah je, aku makan je apa yang ada kat meja, macam beruang. Aah, kenyang aku, lega aku.
SEHARI SEBELUM PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBSM: Waaa, nervous aku! Nervous! Bila dok belajar dalam klas, aku termenung je, ingatkan pertandingan besar tue. Bila ckgu panggil aku, terus aku terkejut daripada khayalanku. Cikgu mesti ingat aku dok mimpi girlfriend. Mana ada. Kawan aku, Soon Jin, kata kena makan gula-gula untuk tenang. So, aku tanya beribu-ribu orang, 'Do you have sweets?'. Sume tak da, aiyo.
Akhirnya, tibalah pertandingan kawad kaki S&D. Aku tengok semua commander saingan aku serious gila. Macam pengetua sekolah. Diorg berdiri pun macam robot. Dada diorang ke depan, perut ke belakang. Aku pun kenalah buat serious, berdiri macam The Hulk, muka buat muka garang, muka marah. Arrrrghhh!!
Acara pertama: UNIFORM INSPECTION. Budak senior akan check uniform kita, tengok lengkap, bersih ke tak. Aku tolak markah sebab rambut panjang. Patutlah commander saingan aku semua rambut durian, aku sorang rambut hutan. Acara kedua: FORMATION. Formation nie memang susah, tapi kumpulan aku buat okay. Aku yang tak okay, cakap tersekat-sekat macam radio rosak dekat senior.
Acara ketiga: KAWAD KAKI. Acara terakhir nie acara paling penting. Acara nie yang menyebabkan aku ada tambi dekat kepala. Yea! Akhirnya, kumpulan aku buat yang terbaik. Yey! Aku bersyukur. Pertandingan nie pun berakhir, aku akan rindu jadi seorang commander.
EPISOD 8 - PENGHIJRAHAN TEMPAT DUDUK
Duduk kat tepi Ashraff dalam kelas besh. Tapi lama-lama jadi satu penyeksaan. Kacau die skit, die pukul aku kuat-kuat. Badan aku jadi merah tomato. Ada kesan lebam kat tangan. Rasa macam terkurung dalam penjara kalau duduk tepi die.
Sekarang, aku ada masalah. Aku nak duduk tepi sapa dalam kelas? Nak duduk tepi Vicky ke? Kalau aku duduk tepi die, basah nanti muka aku. Sebab Vicky tue cakap macam roket, cepat gler, sampai air liur pun terpercik-percik. Pegi sekolah, kena bawak baju extra. Nanti basah kuyup dengan air liur die. Duduk tepi Nazhan? Waa.. Tak nak! Apa yang dia cakap, kartun, kartun, kartun. Aku dah 15 tahun, die cakap pasal kartun apa entah. Dok tengok ASTRO CERIA lagi. Dah la nanti dia buat suara 'chipmunk' dia. Aiyo, napalah ada cite Alvin & the Chipmunks tue. Dengar suara chipmunk, leh dapat kanser telinga. Aargh!
Sapa eh, sapa. Semua orang tak nak duduk tepi Ashraff. Tempat duduk aku dah la betul-betul tepi tingkap. Kena panas setiap hari. Lama-lama aku jadi beruk hitam. =P Aku pun terpaksa buat muka kesian kat orang. Aku buat muka kesian aku, diorg ingat aku dok tahan berak. Kuang kuang kuang.
Aku dah nak give up. Esok dah kena mula pakai uniform besi. Kalau macam tue, Ashraff dah tak leh tumbuk aku. Eh sat, kalau aku bau busuk, Ashraff mesti tak nak duduk tepi aku kan? Macam mana nak berbau busuk? Aku amik tikus, beruskan tikus tue kat ketiak aku. Ashraff bau, mati dia terus. Misi aku berjaya. Masalahnya, mana nak cari tikus. Eee.. Aku nampak tikus je, terus sakit jantung. Wkakaka.
Rupa-rupanya Ashraff boleh tahan bau busuk. Die boleh bau badan orang yang tak mandi selama 10 tahun. Aku taw la, sebab die kan hyper. Dia boleh buat apa saja yang merepek, asalkan merepek dan merapu. Kalaulah Anson dalam kelas aku, senang je cite. Tapi sekarang die dah kelas lain.
Tiba-tiba, aku tengok tempat duduk kawan aku, Ashman. Ashman tue die orang relax je, kacau die, die relax. Geletek die, die relax. Buang die dalam sarang tikus, die relax jugak kot. Akhirnya, Ashman setuju. Die duduk tepi Ashraff. Yey yey yey! Aku ada tempat baru.
Aku duduk tepi Rais, kawan aku nie. Mula-mula kawan biasa, sekarang dah semakin rapat. Tapi kesian kat Rais, die jadi mangsa nyanyian aku. Dulu bile aku nyanyi tepi Ashraff, die belasah aku. Tapi kalau menyanyi tepi Rais, relax je. Hahaha! Boleh la aku nyanyi puas-puas setiap hari. Ashraff akan kehilangan radio die xD
EPISOD 9 - GELAK-GELAK, TOLAK-TOLAK
MASS ENROLMENT - Satu acara yang memang special untuk semua ahli PBSM di Pulau Pinang. Aku ditugaskan jadi 'Guard of Honour' untuk acara tue. Tugas aku bukannya jadi pak cik guard, kami kena hormat bila VIP datang. Baguih. Acara tue diadakan di PBSM Headquarters.
Bile aku tengah dok berdiri sebagai guard, 'Grengg Grengg!', handphone bunyi. Semua mata ke aku. Kuang3. Nasib baik aku tak letak ringtone Rihanna - Don't Stop the Music. Bile VIP datang, handphone aku bunyi, malulah aku! Atau mungkin VIP akan menari dengan rentak lagu ringtone aku? Hahaha. Rupanya Adilah SMS. Dia kata die, Amirah & Farah terlibat dalam acara nie.
Nak reply message! Alamak, tak boleh. VIP dah datang. Lama giler kami kena hormat! Setengah orang, muka dah merah, ada yang macam dok tahan kentut pun. Aduihh, lamanya kami kena hormat nie. Last2, habis jugak. Yey! Yey! Semua pun duduk, ahh, lega rasanya.
Acara dimulakan dengan ucapan-ucapan. Time ucapan sepatutnya jadi time tido untuk banyak orang. Dengar je ucapan, zzzz.. Tido. Tapi waktu tue aku kat toilet, dok e'hem. MENYEBUK JER! xD Aku dok carilah mana Adilah nie. Tengok satu perempuan, nmpk mcam Adilah. Aku senyum kat die, muka dia jadi pucat. Rupanya tue bukan Adilah! Aduii, dia ingat aku dok mengorat die. Kuang3.
Manalah Adilah nie. Aku dok tengok je, carilah mana dia. Tetibe aku tengok 3 perempuan dok wusha je kat aku. Diorg gelak2. Aku pun ingatlah diorg gelak kat aku sebab zip aku terbuka. Bukan. Atau ketiak aku basah ke? Hmm.. Tengok kering. Awat diorg gelak kat aku nih!!?? Rupanya tue Adilah, Amirah dengan Farah! Hahahaha..
Bila time performance, semua orang gelak bile satu budak jatuh ketika buat breakdance. Kesian, nasib baik seluar die tak terkoyak. Lepas tue, ada musical chairs pulak. Semua ahli PBSM lawan sama2, aku ada chance nak lawan dengan kawan2 lama aku tue, Adilah, Amirah ngan Farah. Tapi kesian, diorg kalah awal2. Aku gelak macam bangau.
Daripada 150 orang, jadi 20 orang dan aku ada dalam 20 orang tue. Kesian Nazhan, bile music henti, die nak duduk atas kerusi. Aku tolak dia macam sumo, pak!! Dia jatuh macam bom!! Hahaha.. Lepas tue jadi 6 orang pulak, time nie semua orang dah jadi gelabah ayam, dok pegang kerusi. Depan aku ada satu budak Form 1, kecik die. Bile music berhenti...
Aku tolak budak Form 1 tue. Terpelanting dia, dah la die kecik. Aku pun duduk. Tak de la, haha. Cuma die terjatuh. Oops, sorrie. Aku nie mmg ganas. Last2 diorg terpaksa berhentikan MUSICAL CHAIRS tue, dan aku dikira sebagai pemenang! Yey.. Dengar kata hadiah dia mahal..
Diumumkan pemenang2 MUSICAL CHAIRS, sila tampil ke hadapan untuk menerima hadiah. Aku terkejut bile aku dapat hadiah tue. HADIAH PEN KILOMETRICO 50 sen! Aduihh! Sia-sia je dok tolak orang macam gajah, dapat pen? Tak pe la, asalkan dpat experience. Haha. Tak abis2 Adilah, Amirah & Farah dok gelak kat aku. xD
EPISOD 10 - PENAGIHAN INTERNET
Internet, atau lebih dikenali sebagai 'kopi bagi remaja'. Sekali gune internet je, berjam-jam depan komputer. Ayah beli laptop baru, pastu aku leh pinjam laptop ayah. Yey.
Sekali gune je, mata dah terlekat kat depan skrin komputer. Sampai kul 1 aku guna, paling lambat pukul 3. Pegi sekolah esok, asyik dok tidow dalam kelas. Mata merah zombi. Kawan-kawan aku sume ingat aku baru je nangis. 'Asal Aliff? Baru breakup dengan gf ke?', 'Aliff, asal mata merah? Tahan berak ke?'. Persoalan tue sume masuk dalam telinga aku.
Kawan aku kata sampai satu kali tak de putih pun dalam mata aku, semua dah jadi merah. Bile time KH, wah, beshnyer tidow atas buku KH. Dah la buku tue tebal, macam bantal. Semua orang dok leka buat kerja kayu, aku tido lena. Pastu tetibe bangun kne cubit telinga. Aduii, cikgu marah. Hahax, lawak je. Susah la. Internet dah jadi penagihanku.
Balik2 rumah je terus buka komputer. Tak mandi2, sampai kul 5 pun tak mandi lagi, dok guna computer. Badan aku bau busuk sangat, sampai Aidiel pun keluar bilik aku sebab busuk sangat. Haha. Tapi jangan risau, aku mandi akhirnya =P Tapi macam mana nie, dah la periksa dah nak sampai, masih dok guna computer lagi.
Kawan-kawan aku suruh aku jangan dok guna computer lama-lama. Aku pun cuba. Sehari tanpa komputer. Argh! Aku tak taw apa nak buat. Buka TV, rancangan boring. Sat lagi Aidiel nak tengok ULTRAMAN la, pastu nanti ayah nak tengok GOLF CHANNEL. Bosannya dok tengok orang ketuk bola golf. Zzzzz. Mak datang, tengok rancangan fesyen plak. Adui, aku tengok rancangan fesyen, nanti apa jadi kalau kelakian ku semakin berkurang? DANGEROUS!
Aku pasang radio lak. Keluar lagu dangdut zaman tok moyang. Boringnye, tapi Aidiel suka lak. Eeee.. tak nak tengok dia buat dangdut. Cepat ganti!! Okay, Hitz.FM. Bagus. Keluar lagu SOULJA BOY - CRANK THAT. Youuuuu! Youuu! Youuuu! Lagu merepek, dok youuu sini youu sana, sampai naik pening kapla aku nie. Tutup radio senang. Aah, lega..
Dah la, aku dah tak tahan, aku nak guna computer la. Akhirnya aku bukak computer jgak, yey. Dengar lagu besh, tengok cite Heroes kat Youtube, chatting ngan kawan. Aah, lega. Aku planning nak guna untuk 3 minit je, dalam sekelip mata dan 3 jam. Waktu tue 2 hari sebelum periksa. Mampuih la aku. Kalaulah ada orang antar virus kat computer aku, baru semua masalah selesai.
Esokan harinya, mata dah jadi gatal. Garu sini garu sana. Sakit lorh. Last2 mak ambik laptop tue, kurung dalam bilik stor. Habis, dah tak leh guna internet. Walaupun aku sedey, tapi aku sedar jgak internet nie memang ketagih macam dadah. Mata aku dah tak de putih dah, huhu. Sib baik dalam 2 hari, warna putih tue datang balik. Pengajarannya, kita tak ley gune internet banyak. Habis je periksa, pengajaran aku diabaikan. INTERNET, HERE I COME! xD
EPISOD 11 - DUNIA DISIPLIN BARU
Memang byk org teringin nak jadi class monitor. Tapi, kerja monitor kat pfs mmg susah. Kelas anda akan menjadi satu arena wrestling, asyik ada pergaduhan aja. Tengok kelas aku. Setiap mggu msti ada pergaduhan. Smpai satu kali kwn2 aku suruh aku jadi referee utk perlawanan wrestling antara kwn2 aku. Gila ke apa. Hahax.
Kite tengok perlawanan pertama: VICKY VS LENA. Pergaduhan bermula dgn mulut, lpas tue diorg nmpk botol air, pegi baling air merata-rata tmpat. Mcm dua badak air dok berlawan. Habis meja aku kne mandi, kelas aku basah kuyup, lantai die mcm terkena kencing seramai 100 orang. Aku tak leh control. Kalau aku control, aku jadi basah, last2 ckgu datang, tangkap dua org yang main air tue. Kite kne belajar mcm ikan lpas tue.
Perlawanan kedua: GURVINDER VS RAIS. Pergaduhan mula apabila Rais cubit punggung Gurvinder mcm seorg ibu mencubit pipi anaknya xD Gurvinder pun marah, sebab die sayang akan punggung die tue. Die pun naik gile & belasah si Rais. Diorg lawan mcm sumo, tolak sini tolak situ. MEJA aku pulak yang jadi mangsa!! Sbb diorg lawan, meja aku jatuh, barang2 aku sume bertabur. Adeiii! Rais macam kucing jantan yang gilakan cinta. Die pegi cakar leher Gurvinder, smpai abis berdarah. Akhirnya, diorg dapat hadiah rotan dekat punggung. Aduii, punggung jadi pedas.
Perlawanan ketiga: KIREN VS NAZHAN. Satu hari, Kiren happy gile. Entah knapa, die happy mcm org baru kahwin. So, die lari la dalam kelas, macam seorg isteri yang lari kpd suaminya. Bile die tengah dok lari, Nazhan letak kaki die kat bawah. Kiren terkena... BOOOM!!! Letupan bom atom yang kuat! Kiren terjatuh. Tangan die tergores dan kulit die terkoyak. Aduii..
Perlawanan keempat: SAMUEL VS VICKY. Diorg dah planning nak lawan, aksi panas-memanas. Tapi akhirnya, diorg berbaik-baik, so tak jadi lawan. Hahax. Perlawanan2 tersebut, sebahagian saja. Tugas aku sbgai monitor nie kne berhentikan perlawanan tue, tp susah, mmg susah.
Dan perlawanan yang paling aneh skali: ALIFF VS MEJA GURU. Aku letih, so aku duduk atas meja guru smbil dok ckp ngan Tsai Shiang & Way Hup. Disebabkan punggung aku yang berat mcm batu, meja tue patah! KABOOM! Sume org memandang aku yang ada kat atas lantai. AaaaduhhhhH!! Punggung aku rase mcm kne bakar! Sakit! Muka aku pulak mcm kerbau yang nak kentut.
Dan pergaduhan yg menyebabkan aku masuk bilik disiplin: ALIFF VS IRFAN. Satu kali, Irfan kne demerit dan suruh aku cancel demerit die. Aku tak nak, tapi die ugut aku, so terpaksa la buat. Last2 aku kne tangkap guru disiplin sebab aku cancel nama Irfan. Waktu tue muka aku dah berpeluh macam lembu yg nak melahirkan anak. Takut gle!
Disebabkan kesalahan aku nie, aku hampir kne pecat sebagai seorg monitor. Tapi, sib baik ckgu bagi chance. Tapi Irfan, kne rotan kat punggung. Aduii, punggung jadi pedas. So, tue sumelah adventure2 aku sbgai monitor. Walaupun susah, tapi experience die mmg besh.
EPISOD 12 - JANGAN PANDANG BAWAH
Aku dan kawan-kawan aku, Anson, Bukhary, Sajid, Zhen How sume tak sabar bile kami dpt taw yang kami akn menyertai kem di padang golf. Syok wei dapat ketuk bola golf puas2! Kawan aku Sajid, bangun lambat, tapi nasib baik tak ketinggalan bas.
Smpai golf resort tue, kami makan. Makanan die.. sedap2! Makan sambal, pedas gunung berapi! Yum yum yum. Sebaik saja kami makan, kami ke dalam hutan untuk buat aktiviti lasak. Kami dibahagikan kpd 3 kumpulan, aku kumpulan 2 dengan Anson sekali. 'KUMPULAN YANG KALAH AKAN MANDI BERSAMA-SAMA KERBAU DI DALAM PAYA YANG PENUH DENGAN TAIK'. Sebaik saja kami dengar tue, sume org dah panic!
'Brrrreeeennnggg!', perut aku bunyi macam bom atom yang nak meletup. Uh-oh, aku sakit perut. Aku nak ke tandas! Masalahnya, tak de tandas dalam hutan! Cuma ada paya kerbau! Takkan aku nak buang air kat sana! Alamak! Anson gelak ketawa, haha, die suruh aku lupakan pasal punggung aku yang akan meletup pada bila-bila masa.
Aktiviti pertama: TARZAN SWING. Kami kne swing atas tali macam Tarzan. Aduii, dengan keadaan aku macam nie, aku akan buat KERBAU SWING, bukan Tarzan Swing. Aku cuba melupakan perut aku nie. Aku pegang tali, swing!! Weee, besh2! Tapi masalahnya, macam mana aku nak berhentikan swing tue?? Aaaa... Aku terhuyung-hayang di udara bnyak kali, tak ley stop. Perut aku makin tak sedap, punggung aku nak meletup dah! Jeng jeng jeng!
Nasib baik abang senior aku pegang tali swing tue. Bersyukur, kalaulah aku buang air besar kat sana, habislah, maruah aku dah hancus. Aktiviti kedua: SPIDERWEB. Kite kne masuk dalam Spiderweb, tanpa kena 'web' tue. Susah, tapi boleh. Yang syoknya, smua org angkat aku smpai badan aku terbalik, macam Jackie Chan dok buat style kongfunya! Bile badan aku terbalik, rasa punggung aku yang nak meletup dah hilang xD Yey!
Banyak jgak aktiviti yang kami lakukan, tapi yang paling mencabar: CATWALK. Kami kne panjat pokok tinggi, kemudian kami kne jalan ke pokok lain atas satu kayu nipis beberapa meter dari tanah. Kalau jatuh, boleh patah kaki, tapi nasib baik diorg ada tali safety. Muka aku jadi pucat itik berak kapur.
Aku kte kat Anson, lpas die buat, aku buat. So, aku panjat la pokok tinggi tue. Kemudian, diorg pasang safety gear, pastu suruh aku lintas kayu nipis tue. Kaki aku mula bergoyang-goyang, kemudian dari kaki ke punggung, punggung aku pun shaking skali, kmudian seluruh badan aku dah bergetar. Aku lintas kayu tue dgn perlahan, tapi bile tengok bawah, JENG JENG JENG!
Aaaarghhh! Tingginya! Punggung aku dah mula rasa tak sedap. Anson bagi aku semangat dari bawah. 'JANGAN PANDANG BAWAH! JANGAN PANDANG BAWAH!', org dok jerit kat aku. Last2, aku berjaya melaksanakan aktiviti tue. Anson ketawa, die kata smua org nampak punggung aku dok bergetar semacam. Hahaha.
Aktiviti terakhir ialah aktiviti FLYING FOX, aktiviti paling besh skali. Rasa macam Superman! Lpas aktiviti lasak habis, aku pun pecut ke tandas lagi! Masuk2 tandas tengok ada banyak semut kat jamban! Eeeeee, aku tak jadi nak buang air besar xD Unfortunately, kumpulan aku kalah, tapi disebabkan semangat kami yg tinggi, kami tak mandi bersama kerbau dalam paya! Yey!
EPISOD 13 - SCIENCE FORM 3 CHAPTER 4
EPISOD INI HANYA BOLEH DIBACA ORANG 15 TAHUN KE ATAS
Masa aku form 1, aku gtaw kawan2 aku, 'Weyh, lama gler la smpai kte belajar topik tue'. Tapi sekarang dah tiba masanya. Chapter yang menjadi kegemaran ramai. Chapter apa? Excretion? Bukan. Sapa minat nak belajar pasal air kencing. Apa lagi.. REPRODUCTION! REPRODUCTION - topik yang menjadi kegemaran semua pelajar Form 3 di PFS. Cikgu Sains aku ckgu lelaki, Ckgu Rahmad. Beliau yg akan ajar kami topik ini. Kawan2 aku sume dah excited. Masuk2 klas je..
'Today, we are going to learn ASEXUAL REPRODUCTION'. Awww! Sume org marah, diorg nak sexual. Ckgu pun tanya, 'what are the disadvantages of asexual reproduction?'. Salah satu kawan aku jawab, 'Asexual reproduction tak syok, tak de perbuatan ....'. Faham2 je la. Sume org pun gelak, ckgu marah, ancam nak mandulkan dia.
Sume dah naik boring bile kami belajar pasal starfish buat reproduction, cacing buat reproduction. Aku pun sampai nak tertido dalam Science Lab. Tapi, bile cikgu mula mengajar SEXUAL REPRODUCTION, sume yang tertido terbangun. Mata terbeliak kluar! First part of sexual reproduction: MALE REPRODUCTIVE SYSTEM.
Ckgu suruh lukis diagram male reproductive system dalam masa 5 minit. Kalau tak kne rotan. Aduii!! Susah nak lukis la!! Banyak jenis organ, pastu sperm duct panjang2 dok melingkang macam wayar elektrik. Lukisan aku jadi cincai, tapi banyak yang lukis cantik2. Bukan tue je, situasi dalam Science Lab jadi lebih kotor apabila kami belajar pasal Changes in Males during Puberty.
Lab jadi lebih kotor sebab waktu tue banyak org buang sampah atas lantai. Hahax. Amalan 'masturbate' banyak dilakukan oleh rakan2 aku. Memang. Aku tak taw apa tujuan diorg buat. Kata diorg, untuk rileks. Aiyoyo. Tapi bile ckgu kata kalau buat masturbate, boleh mandul, sume org terkejut, macam nak dapat sakit jantung.
Habis la pasal male, kite pegi ke female. Female reproductive system, nak lukis die macam kacang. Banyak soalan2 keluar daripada kawan2 aku. Terutamanya dalam hal 'vagina'. Ckgu kate vagina tak penting, uterus yang penting. Kawan2 aku pun merungut la, sebab uterus tue tak de apa2 yang nak 'disyokkan'. Aku nie diam je kat belakang. Aku nie mne de nak tanya soalan kotor kat ckgu. Soalan aku sume bersih2. Ceh, haha.
Changes in Female during Puberty! Bile ckgu baca ayat2 die, banyak sore dok kluar. 'Feeweet!!, Ooooo!!, Wooooottt!'. Satu kelas jadi meriah, macam kat pesta. Lepas tue, kami belajar MENSTRUATION CYCLE lak. Mampuih kami kne lukis satu cycle tue dalam 5 minit! Aku lukis menstrual cycle tue macam roda basikal yang pancit.
Kemudian, bile mai tang STERILITY, banyak org takut. Takut bile dengar bab2 kemandulan. Tapi bile ckgu sebut je 'condom', kelas dah jadi pesta balik. Tapi, bile sexual reproduction abis, merajuklah. Sebab flower reproduction tue dah la boring, pening jgak! Pelan2 kepala org dok jatuh, pastu bunyi2 berdengkur kluar dalam Science Lab. Haha, jk xD
EPISOD 14 - AKADEMI SEKSASIA, PART 1
Yezza, cuti! Sume org suka cuti, bile cuti panjang mcm cuti pertengahan tahun, diorg sume tido lambat, sampai mak kena baling air kat diorg sebab susah nak bangun. Tapi, aku terbalik, disebabkan kem ATC (Annual Training Camp) di PFS.
Aku teringat experience aku waktu aku join kem nie. Letih sangat sampai berdengkur macam panda waktu tido dalam khemah, kaki cramp sampai aku jerit macam perempuan yang nak melahirkan anak, banyak lagi. Kali nie aku kena kuat lagi, bukan apa, sebab akulah KETUA untuk kumpulan aku! Sume budak Form 1, Form 2, Form 3 dipecahkan kepada beberapa kumpulan, dan kumpulan aku terdiri daripada:
1. Aliff (Form 3) 4. Manrajpal (Form 1)
2. Samuel (Form 3) 5. Wei Yang (Form 2)
3. Radin Fazlan (Form 2) 6. Chai (Form 2)
Yup, Samuel assistant aku. Samuel seorg yang nakal, dia yang tendang punggung aku tahun lepas sampai aku naik gila & belasah dia. Kali nie, aku kena bekerjasama dengan dia untuk menang ATC nie. Aktiviti pertama: PERTANDINGAN MASAKAN. Kumpulan aku kena masak makanan Thai. Kami masak macam2. Aku bawa ikan, yuck, bau macam stoking bila dikeluarkan. Memang la, aku memang pembenci ikan. Tapi, setelah kami bakar mamat ikan tue, sedap!! Juri yang menilai makanan kami suka ikan tue.
Aktiviti kedua: OBSTACLE COURSE. Aktiviti nielah antara aktiviti paling susah. Aktiviti nie yang buat aku jerit macam seorg ibu ketika melahirkan anak sebab kaki aku sakit sangat. Tapi kali nie aku ketua, ketua kne jadi macho, bukan jerit macam perempuan. Aku terpaksa tahan semua kesakitanku. Masalahnya, tiga member aku KO waktu obstacle course. Kali nie diorg yang jerit macam perempuan mengandung, bukan aku. Muahahaha! Tak de la. Akhirnya, kumpulan aku habis, kami dapat 2nd. Ok la tue.
Lepas aktiviti tue, semua orang jadi zombi. Diorg pecut nak ambik air. Aku plak pecut nak g tandas, dok tahan tahan tahan sejak obstacle course tue. Wkakaka, tak de la. Untuk waktu petang, kami diminta untuk bina alat perabot menggunakan bamboo atau buluh. Isk2, mana aku taw. Yang aku taw, tido atau relax kat atas perabot je, mana aku belajar nak bina kerusi, meja, katil. Tue keja apek tukang kayu. Tapi kami berjaya bina khemah. Lepas bina je, aku tido dalam khemah. Badan aku macam bentuk tapak sulaiman, satu khemah aku ambik, yang lain tak da tempat. Haha.. Mimpi je tue.. Bukan betui pun.
Waktu malam, kami ada TREASURE HUNT. Penat2 kami pegi sini sana satu sekolah dalam waktu malam nak cari treasure. Dan yang lagi teruk, 'treasure' tue sebenarnya orang! Argh, kami ingat duit. Biasalah, sekolah mana ada budget, kenalah gantikan duit kepada orang. Orang pun orang lelaki, bukan pompuan. Orang lelakilah 'treasure' yang patut kami cari! Lebih baik kalau pompuan, haha! Tapi lepas tue, kami semua jadi lebih daripada zombi, macam mayat hidup.
Sayangnya, aku tak dapat tido sebab aku kena berlatih untuk pertandingan kawad kaki esok. Aku kena jadi commander lagi, orang yang jerit 'SQUAD!!!!' bla bla bla. Member2 aku yang akan kawad. Esok hari, kami bangun 5.30, cepat siap sedia untuk kawad. Malangnya, untuk kawad, kami terima komen buruk2, macam kena komen drp Adlin Aman Ramlie. Huhukz. Kumpulan si Anson pulak kena puji, hidung dia kembang.
Lepas nie, ada aktiviti AMAZING RACE around Penang. Hanya 3 orang daripada setiap kumpulan kena pergi. Aku memang tak ley p, mana aku boleh lari dengan perut aku yang berisi. Bergoncang-goncang nanti bila aku lari satu Penang! Tapi orang yang kurus dalam kumpulan aku injured. Diorg tak ley lari, so aku terpaksa pergi dengan member aku, Manrajpal dengan Chai. Bila mulanya AMAZING RACE, kumpulan aku jauh ketinggalan di belakang. Alamak! Macam mana nie, semua orang da naik bas, kumpulan aku belum lagi naik, bas dah pergi. Jeng jeng jeng!!
TO BE CONTINUED.....
EPISOD 15 - AKADEMI SEKSASIA, PART 2
Dalam episod lalu, kumpulan aku ketinggalan bas semasa kami buat AMAZING RACE. Kumpulan lain dah naik bas. Macam mana nie? Nasib baik ada satu lagi bas datang, driver dia mamak. Tolong kami sangat. Kalau boleh, kami nak suruh driver tue rempit skit bas tue, sebab dah la kami ketinggalan, bas tue slow macam kereta lembu.
Tapi last2 kami sampai pun kat kompleks SUNSHINE FARLIM. Kat sana, kami diminta membeli-belah barang yang diperlukan. Waktu tue, aku nampak kumpulan lain dah beratur kat kashier. Cepat2! Pulun kami cari satu kompleks untuk dapatkan barang dalam senarai yang diberikan. Makcik-makcik yang tengah dok beli-belah pun dok blur, diorg ingat kami dok main kejar-kejaran dalam kompleks.
Lepas kami dah beli semua barang, kami kena pegi cari satu kondominium atas bukit. Kat sana ada satu guard, kena mintak autograf dia. Memang penat kami cari, tapi last2 jumpalah pak guard tue, dia apek Cina yang tak taw nak cakap English. Penat2 aku cakap English, dia tak faham. Dia bukannya sign autograf, dia tulis perkataan Cina yang membelit-belit. Aiyoyo! Tapi dengan pertolongan kawan Cina aku, apek yang blur tue dah jadi clear.
Banyak lagi yang perlu kami buat satu Penang. Kumpulan aku dpt 3rd, dan kumpulan Anson yang asyik dok first je dari tadi dapat last sebab sesat! Kesian diorg, sebab diorg lari macam Cristiano Ronaldo, tapi dapat last sebab sesat.
Waktu malam: TALENT TIME! Aku diminta buat duet dengan Samuel. Apa lagi, aku kena bekerjasama dengan dia, walaupun dia degil skit. Da la aritue dia letih, die mintak cokelat. Aku bagi la cokelat kegemaran aku, dia makan skit, pastu buang atas lantai! Aiyoyo, sayang, rezeki! Tapi kami nyanyi dengan hebat skali (lol). Untuk acting, aku kena berlakon sbgai 'perempuan', Tuala aku jadi scarf pompuan, haha.
Talent Time habis dgn hebat skali sbb kumpulan aku ada chance utk menang. Chebah! Lepas tue, ada pertandingan masakan kedua. Kami kena masak ikan. Lepas kami bakar ikan tue, Samuel yang ditugaskan untuk menghias ikan tue. Dia amik sos cili Thai, pegi letak atas ikan tue, banyak plak! Ikan tue dari kelabu jadi merah, aku rasa skit, wah, terbakar lidah!
Mmm.. maybe kem nie bkn satu penyeksaan. Besh gak. Tapi bila sampai aktiviti MOCK WAR (obstacle course waktu malam), memang seksa. Diorg suruh kita jalan macam itik, rangkak macam ular, lompat macam katak. Kalau boleh aku nak tidur macam beruang. Daripada 6 org member kumpulan aku, hanya 3 org termasuk aku yang tinggal. Yang lagi 3 dapat cramp, muntah-muntah. Habis la, banyak dah KO, aku pun rasa macam mayat hidup, tapi sebagai ketua, kita tak ley KO, kena tahan.
Esok hari, ada aktiviti STATION GAMES lak. Yang seksanya, kami kena masuk dalam kolam ikan! Eeee-yeee.. Kolam tue dah la kotor, ikan pun da tak ley nampak sebab air dia hijau sangat. Kami masuk dalam kolam tue, kaki bau macam kandang lembu yang tak pernah dicuci. Bau macam taik! Ya la, kolam tue tak dibersihkan langsung, penuh dengan lepasan-lepasan ikan yang bertoksik. Akhirnya, kem nie habis. Balik2, aku makan burger, habiskan semua jus dalam peti ais dan tido. Satu kepuasan.
EPISOD 16 - PAGI YANG TERANG, KINI SUDAH PANAS
Setelah kem ATC pun berakhir, Aliff dan rakan-rakannya akan menyertai AP (Annual Parade), pertandingan kawad kaki PBSM peringkat negeri. Setiap tahun, banyak peserta yang pengsan akibat berdiri lama bawah matahari panas. Tahun ini, bolehkah Aliff dan rakan-rakannya tahan kepanasan matahari dan menang pertandingan AP ini?